HomeGaya HidupJAWI dedah soalan 'bocor' kepada bakal pengantin?

JAWI dedah soalan ‘bocor’ kepada bakal pengantin?

BUAT anda yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pasti tidak senang duduk membuat persediaan melangkah ke fasa baru dalam kehidupan.

Nak kena fikir soal majlis perkahwinan, baju pengantin, doorgift untuk tetamu dan bermacam-macam lagilah!

Belum masuk lagi bab borang kebenaran untuk bernikah yang perlu dihantar kepada pejabat agama kan?

Mengulas isu ini, tahukah anda bahawa terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab anda ketika menghantar borang nikah di pejabat agama?

Baru-baru ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ada berkongsi lima jenis soalan yang bakal ditanya kepada bakal pengantin.

Menurut JAWI, soalan-soalan itu akan diajukan ketika bakal pengantin hadir ke pejabat agama untuk menyerahkan borang kebenaran nikah.

“Yang bakal pengantin, dah bersedia kah untuk ditemuduga?

“Jangan risau, jom tengok dulu soalan-soalan temuduga dan jawapannya, walaupun temuduga ini bukanlah syarat wajib dalam prosedur JAWI, tapi kena juga bersedia,” tulis JAWI menerusi perkongsian di Facebook.

Menerusi hantaran foto yang dimuat naik, terdapat lima jenis soalan yang kebiasaannya ditanya kepada bakal pengantin.

Berikut merupakan contoh soalan yang diaju:

  1. Bakal pengantin diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah berserta makna
  2. Baca surah Al-Fatihah
  3. Baca surah selain Al-Fatihah
  4. Sebut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Solat
  5. Tempoh haid perempuan mengikut Mazhab Syafie? Minimum, maksimum serta jenis-jenis darah?

Bakal pengantin dah ‘ready‘ ke dengan jawapan-jawapan untuk soalan di atas? Sebelum itu, ketahui cara-cara mohon kebenaran bernikah di Wilayah Persekutuan menerusi poster di bawah:

Author

Pilihan Editor