UMUM mengetahui bahawa haiwan seperti anjing dan babi serta keturunan daripada kedua-duanya disifatkan sebagai najis mughallazah atau najis berat.
Ini termasuk daging, air liur, darah, peluh dan kotoran daripada kedua-dua haiwan tersebut yang nyata diharamkan dalam Islam.
Meskipun ia merupakan pengetahuan asas, namun masih ada lagi segelintir pihak yang sengaja tidak mahu memahami serta tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Baru-baru ini, seorang lelaki menerusi laman TikTok @ChefZarul mendedahkan bahawa, sebuah pasar raya hanya membiarkan pelanggan membayar potongan daging babi di kaunter umum.
Lebih teruk, kaunter tersebut dibasahi dengan air daripada daging babi tersebut.
Perkara ini menyebabkan kegusaran pelanggan lain khususnya umat Islam tentang kebersihan premis itu, selain terpaksa menyertu barangan yang bercampur dengan cecair daripada daging babi berkenaan.
Lelaki itu berkata, pasar raya tersebut sepatutnya menyediakan kaunter khas buat pelanggan yang ingin membeli daging babi terbabit.
Justeru, katanya, dia terpaksa menularkan video mengenai perkara itu, bagi memberi peringatan kepada umat Islam lain supaya berhati-hati ketika membeli-belah di pasar raya tersebut.
@chefzarul #Isu sekarang ni Babi Diletak Dikaunter Umum,Ada Air N Basah Diletak Bersama Brg Umum Yg Lain. Tolong Jaga Sensitiviti Umat Islam…
Video yang dirakam pada Jumaat lalu itu dipercayai berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Dalam perkongsian berasingan, lelaki itu menerjah ke sebuah lagi pasar raya terkemuka di Bukit Minyak, dekat Seberang Perai, Pulau Pinang.
Menerusi video yang dirakam pada Sabtu itu, penjaga kaunter pasar raya itu mendakwa bahawa, bukan sahaja minuman keras dibayar di kaunter umum, malah ada ketikanya daging babi dibayar di kaunter sama.
@chefzarul Replying to @sonofannaharajunior #sah #benar #kpdnkk #islam #jakim #pmx #ppim #semboyan #itstrue #babi #arak #nonhalal
♬ original sound – CHEF ZARUL CHANNEL – CHEF ZARUL CHANNEL
Hasil perbualan di dalam video itu juga mendapati, penjaga kaunter tersebut sudah pun memberi teguran berhubung perkara tersebut, namun tidak diendahkan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berwajib berhubung kedua-dua kejadian itu.