HomeBeritaMahkamah & JenayahPelajar hamil dirogol bomoh ketika jalani rawatan buang santau

Pelajar hamil dirogol bomoh ketika jalani rawatan buang santau

MUAR: Mimpi ngeri buat seorang remaja apabila didakwa dirogol dua kali oleh seorang bomoh hingga hamil ketika mendapatkan rawatan membuang santau di rumahnya, lokasi terpencil di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, berlaku pada November 2022 dan April lalu.

Menurutnya, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya memetik Berita Harian.

Tambah beliau, mangsa memaklumkan kejadian itu pada ibunya dan hasil pemeriksaan kesihatanm remaja berkenaan disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor