HomeBeritaViralPengotor! Lelaki selamba buang makanan bawah kerusi dalam tren

Pengotor! Lelaki selamba buang makanan bawah kerusi dalam tren

WALAUPUN peringatan larangan makan dan minum di dalam pengangkutan awam terutama tren kerap didengari namun masih ada sesetengah pihak enggan mematuhinya.

Terbaru, seorang pengguna LRT berjaya merakam aksi lelaki yang dilihat selamba makan di dalam tren tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Malah, perkongsian video di TikTok @teachercalvintan memaparkan, lelaki itu dilihat mengambil ruang sehingga tiga tempat duduk penumpang di dalam tren.

Lebih menjengkelkan, dia membuang sampah di bawah tempat yang didudukinya.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut membuka kasut dan meletakkan di tepi sambil dengan bersahaja bermain telefon bimbit seperti berada di dalam rumah.

Video tersebut mendapat perhatian warga net yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu yang dianggap tidak bertamadun.

Confirm bau kuat kan stoking dia… faham-faham sudah la bersepah lagi makanan dia tu,” selar netizen.

Announcement melarang dia tak dengar tu. Something wrong,” komen pengguna TikTok

“Menyusahkan orang! Macam tren tu dia bayar sorang!” marah warga net.

Sementara itu, Rapid KL menerusi ruangan komen mengingatkan kembali bahawa tindakan makan di dalam tren memang tidak dibenarkan.

“Walaubagaimanapun, memang makan tidak dibenarkan di dalam tren. Sekiranya berlaku lagi kejadian seperti ini mohon untuk terus berikan no tren supaya kami terus dapat membuat tindakan pantas.

“Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan ini dan akan sentiasa membuat pemantauan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” kata Rapid KL.

Author

Pilihan Editor