HomeBeritaViral'Rindu arwah abah, tumpang gembira pakcik!' - Netizen kerinduan tengok video anak...

‘Rindu arwah abah, tumpang gembira pakcik!’ – Netizen kerinduan tengok video anak sambut ‘birthday’ ayah

BUKAN kemewahan yang memberikan seseorang itu bahagia, sebaliknya erti kesyukuran yang membuatkan hidup manusia gembira.

Itulah yang dizahirkan oleh sebuah keluarga menerusi sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan sambutan hari lahir ayah mereka.

Menerusi video itu, kelihatan seorang ayah tersenyum duduk di bangku ketika menerima hadiah hari lahir pemberian anak-anaknya.

Menjadi perhatian apabila kesemua hadiah yang disampaikan oleh enam orang anaknya adalah berupa barang keperluan harian.

Difahamkan, enam beradik itu memberi barangan keperluan seperti beras, minyak masak, susu, telur, sardin dan sebagainya adalah atas permintaan ayah mereka sendiri.

Suasana meriah ketika sesi penyampaian hadiah kepada si ayah
Menariknya, si anak memberi hadiah berupa barangan keperluan harian atas permintaan ayah mereka.

Gelagat si anak yang menyampaikan hadiah ulang tahun satu persatu dengan gaya ‘sempoi’ bersahaja itu nyata mencuit hati dan memeriahkan suasana di rumah berkenaan.

Malah, si ayah tampak begitu ceria setiap kali menerima hadiah yang diberikan oleh anak-anaknya dan turut menzahirkan ucapan terima kasih buat segala yang diberikan kepadanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net gembira melihat hubungan kekeluargaan itu.

Malah, keakraban si ayah dan anak-anaknya itu turut membuatkan segelintir orang ramai mula merindui ayah mereka yang kini sudahpun tiada di dunia.

“Rindu nye dekat arwah ayah saya, tumpang gembira untuk pakcik. Semoga panjang umur murah rezeki, dipermudahkan kan segala urusan aamiin,” titip doa seorang netizen.

“Selamat Hari Lahir Pakcik! Semoga Panjang Umur, Sihat Selalu Dan Murah Rezeki… Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Rindunya Arwah abah,” tulis warga net.

“Rindu abah. Tumpang gembira utk pakcik. Semoga sihat selalu,” ucap seorang lagi netizen.

Author

Pilihan Editor