[VIDEO] Kerajaan negeri perlu ada RM4.7 juta tukar rumput stadium

0
95

BUKIT JALIL: Mana-mana kerajaan negeri yang berminat untuk menukar rumput sedia ada di stadium milik mereka perlu mempunyai peruntukan sekurang-kurangnya RM4.7 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, hal ini kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya menyediakan geran untuk menukar rumput, manakala jumlah RM 4.7 juta itu merupakan kos penyelenggaraan padang selama setahun serta pembelian mesin penyelenggaraan.

Author