[VIDEO] Malaysia berhasrat jadi Tesla “Gigafactory” kedua di Asia

0
89

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Malaysia menyasarkan untuk menjadi hab EV sebelum 2030, dan ianya selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Beliau mahu Tesla berkerjasama dengan kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut, atas sokongan yang diberi oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memastikan ada peningkatan dalam penggunaan kenderaan EV.

Kor Ming berkata demikian di majlis pelancaran Tesla Model 3 di Pavilion Damansara pada Khamis.

Author