Setiausaha Majlis Belia Negara, Hasnul Haniff Harun berpandangan usaha Amerika Syarikat yang cuba menutup kekejaman Israel di bumi Gaza adalah satu hal yang sia-sia.
Tegasnya, kekejaman Israel menerusi pengeboman Hospital Al-Ahli di Gaza nyata membuatkan api kemarahan di seluruh dunia semakin membara termasuklah di Malaysia sehingga ramai pihak tampil menyertai himpunan Solidariti bersama Palestin sebagai tanda protes akan tindakan zionis Israel.