HomeGaya Hidup10 jenis pening kepala mungkin dialami anda! Lebih dari 'migrain'!

10 jenis pening kepala mungkin dialami anda! Lebih dari ‘migrain’!

ANDA kerap pening kepala?

Betul ke sakit kepala disebabkan migraine atau sebenarnya anda anxiety?

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 10 jenis pening kepala yang berkemungkinan dialami manusia.

Ada yang dikategorikan sakit sementara sahaja dan ada juga yang kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa maut!

Jom semak antara 10 jenis pening kepala ini yang mana satu anda sering alami:

1. Migrain

  • Rata-rata daripada kita seringkali mengalami masalah migrain. Kesakitan selalunya dirasai di sebelah kepala sahaja
  • Serangan migrain boleh berlaku antara empat hingga 72 jam, dan boleh menghalang aktiviti setiap hari

2. Anxiety

  • Pening ini biasanya datang semasa tempoh tekanan dan kebimbangan, seperti bekerja terlalu keras atau sedang melalui masa yang emosional
  • Pengurusan tekanan adalah cara terbaik untuk mencegah pening ini
  • Tidur yang cukup adalah penting dalam menenangkan diri

3. Caffeine Withdrawal

  • Coffee lovers! Biasanya pening ini dialami kalian cuma tak tahu sama ada kalian sedar atau tidak
  • Kepala akan rasa berdenyut-denyut disebabkan saluran darah yang telah dipenuhi oleh kafein
  • Cara terbaik untuk menghentikannya – kurangkan pengambilan kafein

4.  Allergies / Alahan

  • Pening alahan akan menyebabkan mata berair, mata gatal, dan sakit yang biasanya dirasai di seluruh kepala dan muka
5. Cluster
  • Kesakikatan pening cluster ini biasanya dapat dirasai di sekitar mata
  • Serangan cluster selalunya berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita
  • Tidak ada sebab yang sebenar diketahui, ia mungkin genetik, alkohol dan merokok

6. Tension

  • Pening jenis tension ini adalah jenis yang paling biasa dan biasanya dirasai di bahagian kanan kiri kepala, belakang kepala, dan ke bawah leher
  • Biasanya boleh dikurangkan dengan aspirin atau lain-lain ubat penahan sakit over-the-kaunter

7. Sinus

  • Biasanya dirasai di dahi, sekitar mata, dan di pipi
  • Pening sinus boleh dibersihkan dengan antibiotik dan / atau dekongestan hidung
  • Kalau tak jalan lepas makan ubat, berbincang dengan doktor untuk memastikan tidak ada isu dalaman seperti penyelewengan septum

8. Temporomandibular Joint (TMJ)

  • Berpunca dari pengecutan otot dalam temples dan rahang, dan juga boleh datang dengan bunyi klik pedih di bahagian kanan dan kiri kepada apabila rahang bergerak
  • Biasanya disebabkan oleh rahang berada di luar jajaran yang menjadi punca ketegangan

9. Digestive Issues

  • Kebiasaannya sakit kepala jenis ini datang dengan ‘pakej’ sakit perut!
  • Boleh jadi disebabkan sesuatu yang korang makan
  • Kelaparan juga boleh menyebabkan sakit kepala ye!

10. Giant Cell Arteritis

  • Ia adalah radang pada lapisan dalam arteri yang dijumpai di dalam arteri kepala
  • Biasanya menyebabkan sakit kepala dan kulit kepala menjadi lembut, sakit rahang dan masalah penglihatan
  • Tanpa rawatan, boleh menyebabkan hilang penglihatan dan risiko strok!

 

Sumber: Healthline & Twitter @anisssurayaaa

Author

Pilihan Editor