HomeGlobalDiplomat tertinggi G7 gesa tindakan segera tangani krisis Gaza

Diplomat tertinggi G7 gesa tindakan segera tangani krisis Gaza

DIPLOMAT tertinggi negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Rabu menggesa tindakan segera dilaksanakan bagi menangani krisis kemanusiaan di Gaza.

Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa berkata, negara G7 turut menekankan kepentingan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Gaza.

“Diplomat tertinggi G7 bersetuju untuk meminta jeda (gencatan senjata) dalam perang dilancarkan Israel supaya bantuan dapat dihantar ke Gaza,” katanya seperti dilapor Kyodo News.

Kamikawa berkata demikian selepas Menteri Luar G7 memuktamadkan sidang kemuncak dua hari di Tokyo, Jepun.

Sebelum ini, pemimpin negara G7 mengelak untuk mengkritik negara haram Israel, yang sewenang-wenangnya melancarkan perang berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Pemimpin negara G7 merangkumi Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali.

Menurut Pejabat Media Gaza, sekurang-kurangnya 40,000 rakyat Palestin telah terbunuh, cedera, atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Gaza sejak sebulan lalu.

Jurucakap Pejabat Media Gaza, Salama Maraouf pada Selasa berkata, seramai 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak, 2,719 wanita, dan 631 warga emas telah terkorban.

Salama berkata, hampir 26,000 yang lain cedera manakala lebih 3,000 orang lagi dilaporkan hilang.

Kira-kira 1600 orang telah terbunuh di Israel, menurut kenyataan rasmi.

Author

Pilihan Editor