HomeGlobal‘Kami dihina Zionis, dipaksa angkat bendera putih’,

‘Kami dihina Zionis, dipaksa angkat bendera putih’,

PENDUDUK Palestin mendakwa bahawa mereka menerima penghinaan daripada rejim pengganas Israel ketika dipaksa melakukan perpindahan ke selatan Gaza.

Ribuan penduduk bergerak ke selatan di sepanjang Jalan Salahuddin, yakni satu-satunya laluan orang awam yang melarikan diri daripada serangan bom rejim Zionis ke atas genting itu.

Kebanyakannya melarikan diri dengan berjalan kaki dan hanya membawa barangan yang termampu.

“Kami diminta untuk menaikkan bendera putih ketika kami berjalan.

“Kami juga diejek dan dihina oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan ke arah kami,” kata seorang wanita yang enggan dikenali kepada Agensi Anadolu.

Malah, katanya, suaminya tercedera akibat peluru berpandu  dilancarkan rejim pengganas itu ketika mereka sedang melakukan perpindahan.

Bukan itu sahaja, beberapa orang rakyat Palestin turut ditahan Zionis.

“Kami mengalami situasi yang sukar dan tidak dapat dibayangkan. Ia mengerikan umpama hari kiamat.

“Kami tidak tahu mahu menuju ke mana. Ahli keluarga kami seramai 40 orang dan ada di kalangan kami merupakan pesakit buah pinggang.

“Biasanya dia dirawat di Hospital al-Shifa namun dia tidak dapat pergi ke sana kerana bangunan itu dibom Israel yang mungkin meragut nyawanya,” katanya.

Rejim Zionis telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Gaza, sekali gus memusnahkan hospital, kediaman, dan rumah ibadat sejak 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita.

Author

Pilihan Editor