HomeBeritaViralPersatuan Haiwan Malaysia kesan individu rendam 15 ekor anak kucing hingga mati

Persatuan Haiwan Malaysia kesan individu rendam 15 ekor anak kucing hingga mati

KEJAM! Tular sebuah gambar keadaan 15 ekor anak kucing yang dipercayai direndam hingga mati di sebuah pasar borong di Jerantut, Pahang.

Lantaran itu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), menggesa orang ramai tampil membantu mengesan individu yang tergamak melakukan perkara yang tidak berperkemanusiaan terbabit.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Instagramm kejadian itu disedari semalam, 29 November oleh seorang pengadu yang merupakan penduduk tempatan dan diserahkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia kira-kira jam 8 malam.

“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan dahsyat terhadap 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di pasar borong Jerantut hingga menemui kematian boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – My Act melalui WhatsApp (www.wasap.my/+60105394749)

“Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya,” katanya.

Author

Pilihan Editor