CYBERJAYA: ‘Hukum bernikah lain hanya disunatkan kepada golongan yang memerlukan’.
Itulah yang dikatakan penceramah bebas, ustazah Asma’ Harun berhubung isu poligami yang kini menjadi topik hangat dalam perbincangan masyarakat di Malaysia.
Lantaran itu, ustazah Asma’ mengingatkan para isteri supaya tidak perlu bimbang jika dituduh ‘derhaka kepada suami’ jika tidak bersetuju memberi kebenaran suami berkahwin lain.
“Jika kita anggap hukum syariat poligami adalah seperti berikut, itu barulah boleh dikatakan kita melakukan tuduhan tidak berasas dan seterusnya berdosa.
“Maksudnya itu tidak boleh, kita tidak boleh katakan hukum poligami seperti itu kerana poligami ini ada hikmah kepada yang memerlukan,” katanya menerusi satu klip video ceramahnya, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, poligami menjadi satu kewajiban untuk sebilangan individu sahaja atas sesuatu keperluan dan sebaliknya kepada mereka yang tidak perlu langsung berpoligami kerana syariat tersebut hanya disunatkan kepada mereka yang memerlukan.
“Tapi kepada orang yang hukumnya harus atau tidak perlu untuk berpoligami iaitu apa yang dimaksudkan keperluan pernikahan seperti anak, kasih sayang semuanya sudah ada, maka tidak berdosa jika wanita itu menghalang.
“Sebenarnya wanita yang menentang poligami ini bukanlah wanita yang tidak bersetuju dengan syariat itu tetapi suami mereka tidak mempunyai sebab untuk berpoligami,” ujarnya.
@yuslineylin #poligami #dengar_sampai_habis Dengar penjelasan ustazah Asma Harun kenapa dia menolak POLIGAMI..