Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pengguna tidak perlu risau tentang kenaikan mendadak harga ayam selepas subsidi ditarik balik kerana harga ayam standard yang dijual di dua pasar raya masih murah berbanding harga siling yang ditetapkan sebelum ini.
Orang ramai juga tidak perlu melakukan pembelian panik kerana bekalan ayam di pasaran masih mencukupi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Tani, Putrajaya, pada Rabu.