Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama dengan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan pelancaran Pusat Komuniti Warga Emas Acacia, di Lebuh Enggang, Klang, baru-baru ini.
Pusat komuniti tersebut yang diuruskan oleh Pacific Senior Living (PSL) Sdn Bhd di bawah Columbia Pacific Management Group, sedia membantu warga emas menjalani kehidupan yang lebih baik dalam komuniti yang memahami dan memenuhi keperluan mereka.
Bangunan Acacia mempunyai empat tingkat dan 136 bilik penginapan bertema bilik Superior, Executive dan Premier. Ia juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku, bilik huburan, meja snooker dan mahjong.