HomeGlobal2 lagi askar Israel terbunuh dalam pertempuran berterusan di Genting Gaza

2 lagi askar Israel terbunuh dalam pertempuran berterusan di Genting Gaza

SEKIURANG-KURANGNYA dua lagi askar Israel terbunuh di Genting Gaza pada Khamis, menjadikan jumlah kematian askar Israel sejak 7 Oktober kepada 418, lapor media tempatan.

Kedua-dua askar itu ialah Sarjan Pertama Kobi Dvash, 41, seorang askar simpanan dalam Kor Armor dari Tiberias, dan Sarjan Pertama Eyal Meir Berkovitch, 28, dari Batalion ke-699 Briged ke-551 dari Baitulmaqdis, Perbadanan Penyiaran Awam Israel memetik kenyataan tentera Israel sebagai berkata.

Pada Khamis, tentera Israel berkata bahawa jumlah askar yang terbunuh sejak 7 Oktober telah mencecah 416 orang.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya terhadap Genting Gaza pada 1 Disember selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

Sekurang-kurangnya 17,177 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 46,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti ke atas enklaf itu sejak 7 Okt berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas.

Bagaimana pun angka rasmi kematian askar Israel dalam serangan Hamas masih dikekalkan  pada jumlah 1,200 orang. РAnadolu

Author

Pilihan Editor