HomeGaya HidupIni cara buat 'giant bubble', guna tiga bahan sahaja!

Ini cara buat ‘giant bubble’, guna tiga bahan sahaja!

“AYAH, adik nak main kat taman. Ayah, adik nak main belon gergasi tu. Ayah beli ya…”

Cuti-cuti sekolah atau hujung minggu tentu seronok kalau ada aktiviti dengan anak-anak, bukan?

Antara yang anak-anak suka adalah main belon buih gergasi atau dikenali sebagai ‘giant bubble’. Biasanya ada dijual di tepi pantai atau di taman-taman rekreasi, harganya dalam RM5 untuk satu mangkuk kecil.

Sebenarnya ada cara buat belon buih gergasi di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah dan jimat. 

Jom ikuti perkongsian daripada TikTok @mizzleeanne tentang cara buat buih gergasi di rumah!

Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan buih gergasi ini adalah air panas 500 milimeter (ml), sabun pencuci  pinggan dan dua sudu gliserin.

Cara penyediaan

  • Langkah pertama, sediakan satu bekas kecil dan tuangkan air panas 500 ml.
  • Langkah kedua, masukkan setengah cawan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas air panas itu.

Sambil tuang, pastikan larutan dikacau hingga sekata dengan perlahan supaya mengelakkan sebarang buih terhasil.

  • Langkah ketiga, masukkan dua sudu gliserin ke dalam larutan tadi dan kacau. Gliserin berfungsi memastikan belon tidak mudah pecah.

Seterusnya, simpan cecair yang dihasilkan dalam bekas tertutup selama dua atau tiga hari sebelum digunakan untuk hasil yang terbaik dan siap untuk digunakan.

@mizzleeanne

Replying to @Liyana | teacher life stress ke tu? resepi giant bubbles by tcer liyana #duniacikgu #sekolahku #giantbubbles #resepigiantbubble #tcerliyana #ideapermainan

♬ original sound – Liyana | teacher life – Liyana | teacher life

Bagi stick buih, ibu bapa boleh membelinya di dalam talian ataupun membuatnya sendiri di rumah.

Author

Pilihan Editor