HomeBeritaViralKongsi resepi 'McMing Burger', netizen sokong Khairul Aming buka restoran

Kongsi resepi ‘McMing Burger’, netizen sokong Khairul Aming buka restoran

PEMPENGARUH media sosial, Khairul Aming tampil dengan video resepi terbaharunya hari ini dengan menu hidangan diberi nama ‘McMing Burger’.

Dalam video berkenaan, kelihatan Khairul atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berkongsi cara memasak burger tersebut yang seakan sama seperti burger prosperity yang dijual di sebuah restoran makanan segera terkemuka dunia.

“Selamat datang ke restoran McMing, ramai yang request buat video ala prosperity (burger) yang boleh kita buat dekat rumah,” katanya dalam video berkenaan sampil menunjukkan cara pembuatan burger tersebut.

Video yang baharu sahaja dimuat naik sekitar jam 12 tengah hari tadi, telah mendapat lebih 14,000 tanda suka di aplikasi X setakat jam 2 petang pada Khamis.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net ‘terliur’ menyaksikan masakan yang dikongsi Khairul Aming itu.

Malah, dalam video tersebut, pemenang ‘Creator of the Year’ di TikTok Awards Malaysia 2023 itu sempat berseloroh menyatakan bahawa dia akan membuka sebuah restoran untuk menjual McMing Burger itu.

“Set McMing ini aku caj RM1.99, harga tengah promo.

“Tapi restoran tak decide lagi nak buka dekat mana. Aku buka dekat sebelah tol Gombak kot. Haa, jemputlah datang ramai-ramai opening nanti,” selorohnya.

Gurauan Khairul itu nyata mendapat perhatian netizen sehingga ada yang bersetuju untuk dia membuka restoran dek kerana bakatnya dalam bidang masakan disenangi ramai.

“Hang ni buleh buka restaurants sendiri, ada juga peluang keja utk rakyat tempatan. Aku doakan hang berjaya. Ada keja kosong utk lori sila la interview kami. Terima kasih,” komen netizen.

“Kalau bukak (restoran) sebelah tol gombak confirm beratur sampai gua musang,” seloroh seorang lagi warga net.

“Khairul Aming knew what he was doing. Thank you KA!” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor