HomeGlobalLelaki dipenjara 4 tahun, aksi belasah isteri dirakam anak

Lelaki dipenjara 4 tahun, aksi belasah isteri dirakam anak

TINDAKAN pantas seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang merakam detik-detik ketika ibunya dipukul kejam, menyebabkan bapanya berdepan hukuman penjara empat tahun.

Miguel Lazaro-Castillo, 38, didapati bersalah atas beberapa tuduhan termasuk jenayah keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

Pada 9 Oktober lalu, Pejabat Syerif Daerah Yuba, menerima panggilan daripada salah seorang anak Lazaro-Castillo, menurut kenyataan Pejabat Peguam Daerah Yuba County di di California, Amerika Syarikat (AS).

Ketika pihak berkuasa tiba di rumah keluarga itu, lelaki tersebut dilihat sedang duduk di atas badan isterinya yang sedang tertiarap, dengan keadaan lantai bersepah dan tuala berlumuran darah.

Tiga anak pasangan berkenaan masing-masing berusia 9,14, dan 15 tahun berada di dalam kediaman mereka ketika itu, lapor New York Post.

Menurut video yang dirakam anak bongsu mereka, Lazaro-Castillo didlihat sedang membelasah isterinya.

Video berdurasi lebih enam minit itu turut memaparkan suspek berulang kali memukul kepala dan muka wanita tersebut.

Pada masa sama, salah seorang anak perempuan mereka cuba melindungi ibunya daripada terus dipukul suspek.

Namun, suspek sebaliknya menyepak kaki gadis terbabit dan terus melakukan serangan ke atas mangsa.

Ketika disoal disiasat, suspek pada mulanya menafikan mendera isterinya dan mendakwa kononnya tidak mengetahui arah datangnya darah tersebut.

Difahamkan, suami isteri dan salah seorang anak mereka dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Sementara itu, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut kini diletakkan di bawah penjagaan pihak berwajib.

Author

Pilihan Editor