HomeBeritaLelaki maut disengat tebuan tanah di Segamat

Lelaki maut disengat tebuan tanah di Segamat

SEGAMAT: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti sukan permotoran di Hutan Simpan Jalan Temayong, berhampiran Felda Tenang, di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Hairisyah Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.24 petang.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Halmi Tahrin, 42, telah disengat tebuan tanah.

“Susulan daripada itu, sepasukan tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan klinik kesihatan Labis di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Operasi menyelamat tamat pada jam 6.30 petang selepas pihak bomba berjaya memastikan kawasan itu selamat daripada gangguan tebuan tanah.

Author

Pilihan Editor