HomeGlobalLima beradik diejek berupa makhluk asing

Lima beradik diejek berupa makhluk asing

SERING digelar makhluk asing. Itulah nasib yang dialami lima beradik di Republik Dominica sejak dari kecil lagi.

Perkara itu susulan rupa paras mereka yang membengkak kerana mempunyai jarak antara mata yang luas, tulang pipi besar, bonggolan pada hidung serta gigi yang buruk, lapor The Sun.

Lima beradik yang dikenali sebagai Isaias, Graciosa, Preciosa, Antonio dan Miguelina Bautista itu sering diejek dengan kata-kata penghinaan.

“Sehinggakan suatu masa, kami mula percaya bahawa kami makhluk asing. Namun, kami kemudian menemui individu-individu baik hati yang memberitahu bahawa kami manusia biasa,” katanya.

Malah, kelima beradik sehingga kini masih tidak dapat mengenal pasti penyakit yang mereka hidap.

Meskipun pakar-pakar mengesyaki ia adalah leontiasis, mereka gagal memberikan jawapan yang pasti.

Untuk makluman, Leontiasis atau dipanggil sindrom muka singa, adalah pertumbuhan berlebihan tulang tengkorak dan muka yang mengakibatkan penampilan seperti singa.

Sementara itu, pakar neurologi, Dr. Franly Vazquez menyifatkan keadaan itu sebagai penyakit yang sangat jarang ditemui, di mana kurang daripada 40 kes dilaporkan di seluruh dunia.

“Pesakit yang terjejas mempunyai pengumpulan kalsium dalam tulang yang membentuk muka dan tengkorak,” maklumnya.

Authors

Pilihan Editor