CYBERJAYA: Pengenalan Identiti Digital Nasional atau Digital ID yang akan dilaksanakan di Malaysia nyata menimbulkan kegusaran sebilangan pihak.
Meskipun sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, sistem Digital ID akan terjamin dengan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta.
Menjengah di aplikasi X, topik mengenai Digital ID hangat dibahaskan rakyat Malaysia.
Malah, ada sebilangan yang berkeras tidak mahu terlibat dalam pelaksanaan Digital ID itu kerana menyifatkan ia seperti satu alat pengesan yang berupaya menjejak gerak langkah seseorang.
“Guys, Digital ID is big NO NO. Please, don’t ever register, don’t ever use this,” tulis seorang pengguna di aplikasi X berhubung penggunaan Digital ID.
Dalam pada itu, ada juga yang menyangkal dakwaan golongan anti- Digital ID ini kerana menyifatkan tanggapan mereka terlalu berlebihan.
“Cakap pasal data leak ni…kita daftar je kt JPN mmg data kita dh jadi milik kerajaan. Bila-bila masa pun boleh leak,” tulis seorang pengguna X.
“Masa MyKad firstkeluar dulu. Macam ni jugak orang tulis dalam surat khabar. Masa tu mana nak ada sosial media. Macam-macak pakar kata, betapa bahaya itu la ini la tapi lama-lama kita terima perlahan-lahan ikut masa,” komen warga net.
Sebelum ini, timbul khabar angin yang mendakwa rekod peribadi serta perbankan akan terbocor selepas pelaksanaan Digital ID dikuat kuasa oleh Kerajaan.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa Digital ID adalah sebahagian daripada Transformasi Digital yang turut membantu menyegerakan platform pengesahan diri serta dipercayai mampu mempertingkat tahap kecekapan perkhidmatan awam.
Malah, beliau turut menyatakan kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.
Ada menyuarakan kebimbangan kononnya cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN).
Saya jelaskan, IDN yang dilaksanakan Mimos Berhad (MIMOS), merupakan suatu bentuk pengenalan dan… pic.twitter.com/6YKE18Se2X
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 1, 2023