HomeGaya HidupJom MakanResepi 3 jenis kuih Kelantan mudah dimasak!

Resepi 3 jenis kuih Kelantan mudah dimasak!

SETIAP negeri di Malaysia pasti mempunyai hidangan tersendiri yang menarik untuk dinikmati.

Salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai adalah sajian dari negeri Kelantan terutama kuih-muih yang begitu enak!

Justeru itu, kali ini disenaraikan 3 jenis resepi kuih Kelantan hasil perkongsian Resepi Bonda wajib anda cuba!

1. Akok Kedut

Untuk anda yang gemar kuih manis dan lembut, jom rasai keenakan akok. Meskipun bentuknya kelihatan kedut dan sedikit ‘aneh’, namun rasanya yang bersahaja pasti buatkan anda berselera!

Foto: FB Himpunan Resepi Viral PKP 2020

Bahan:

  • 6 bj telur (A)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air nisan (180 g nisan dicairkan)
  • 6 helai daun pandan blend bersama setengah cawan air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam

Cara Masak:

  • Masak nisan bersama 1 cawan air dan daun pandan
  • Satukan kesemua bahan diatas dan blend
  • Bila dah sebati, tapis kemudian bakar

 

2. Sagupal

Jika anda gemarkan sesuatu yang manis dan berkuah, jom cuba masak sagupal.

Foto: FB Fatin Damia

Bahan:

  • 1 1/2 cwn sagu halus berwarna- basuh kemudian toskan
  • Air- direbus
  • 1 helai daun pandan segar
  • Sedikit gula merah-potong kecil

Bahan Kuah:

  • 1 -2 cawan santan pekat
  • Sedikit air
  • Halia muda-mayang halus
  • 1 sudu kecil halba
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan simpul

Cara Masak:

  • Panaskan air bersama daun pandan hingga mendidih.
  • Ambil sagu yang di toskan, letakkan beberapa sudu air sampai sagu boleh di gentel-gentel
  • Ambil sebesar duit 20 sen letakkan gula melaka dan jadi jadikan seperti guli, celurkan di dalam air rebusan sampai sagu jernih
  • Sesudah masak dan jernih, toskan sagu ke dalam bekas yang berisi air masak, biarkan seketika sehingga kuah siap

Cara Masak Kuah:

  • Sediakan periuk,masukkan santan dan halia serta halba, daun pandan
  • Panaskan pada suhu yg kecil samapi sedkit mendidih
  • Letakkan sedikit garam, jikalau terlalu pekat tambah aedkit air @ santan cair
  • Jika kuah terlalu cair, letak 1 sudu besar tepung yang di bancuh rata untuk memekatkan kuah
  • Akhir sekali, masukkan sagupal yang masak setelah ditoskan airnya
  • Biarkan seketika sampai semuanya bergaul rata

 

3. Sira Labu Manis

Para peminat labu! Jangan lupa untuk cuba rasai keenakan sira labu manis! Kalau nak beli di kedai jarang-jarang sekali dapat ditemui kan? Ok jom buat!

Foto: FB Uncle “G” Restaurant Sdn Bhd

Bahan:

  • Labu kuning
  • Kapur makan
  • Gula melaka (lagi banyak lagi bagus supaya warna labu bertambah cantik)
  • Gula Kasar (ikut kemanisan yang korang nak)
  • Air (ikut banyak mana kuah yang korang nak)
  • Daun Pandan

Cara Masak:

  • Kupas kulit labu, potong ikut bentuk korang suka, bersihkan dan rendamkan dalam air kapur selama 2,3 jam.Tujuannye supaya labu tadi keras, sebab nak masak nanti takot senang hancur
  • Panaskan air, masukkan gula melaka, gula kasar dan daun pandan. Biarkan mendidih dan pekat, baru masukkan labu
  • Bila labu dah empuk, angkat dan simpan dalam peti sejuk. Makan bila sejuk sangat ler sedappppp..lazat!

Author

Pilihan Editor