HomeEkspresiRasai pengalaman 7D di Immersive Winterland

Rasai pengalaman 7D di Immersive Winterland

MUSIM cuti persekolahan hujung tahun yang hampir tiba tidak lama lagi, semestinya menjadi keterujaan buat anak-anak yang sudah hampir setahun bersusah payah menuntut ilmu.

Malah, kebanyakan ibu bapa juga pasti sudah merancang aktiviti tertentu, bagi mengisi masa terluang anak-anak mereka dengan perkara berfaedah yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Buat mereka yang masih lagi tercari-cari lokasi menarik untuk menceriakan hari si kecil tersayang, bandar teknologi nombor 1 Malaysia, i-City adalah jawapannya.

Terletak di Shah Alam, Selangor, i-City kini menawarkan Immersive Winterland, sebuah pusat pengalaman imersif pertama di negara ini.

Berbeza dengan pusat hiburan sedia ada, Immersive Winterland menawarkan para pengunjung dengan alam dimensi ketujuh (7D), menerusi penglibatan deria dan kompleksiti teknologi lebih tinggi.

Malah, Immersive Winterland turut menggabungkan simulasi pergerakan yang kompleks untuk memberi pengalaman istimewa buat para pengunjung.

Berikut merupakan antara tawaran menarik untuk pengunjung terokai di Immersive Winterland:

1) 360° Immersive Explorer

Pengunjung bakal rasai suasana menaiki pesawat dari tebing salji ke lautan secara tujuh dimensi.

Menariknya, ia akan dibuat menerusi teknologi realiti tambahan (AR) dan realiti maya (VR) tanpa perlu berkaca mata.

2) Immersive Ski Simulator

Pengunjung berpeluang menaiki ski, iaitu sukan lasak yang jarang dapat dirasai di negara ini.

Simulasi ski imersif pertama di Malaysia ini menawarkan pengunjung untuk menaiki ski, yakni peluang yang jarang dapat dirasai oleh penduduk tempatan.

Malah, pengunjung turut berpeluang merasai simulasi sukan musim sejuk seperti Skii Scape dan Snowballing.

3) Immersive Exploration Cave

Antara makhluk zaman purba yang menjadi tarikan di Immersive Exploration Cave.

Pengunjung dapat mempelajari mengenai mahkluk yang hidup pada zaman purba musim sejuk di dalam gua ini.

Pengunjung dapat merasai sendiri pergerakan haiwan zaman purba.

Malah, mereka juga berpeluang merasai sendiri pergerakan makhluk-makhluk terbabit.

4) Immersive Snowball Simulator

Antara laman yang mendapat perhatian kanak-kanak.

‘Bebola salji’ merupakan daya tarikan di laman ini dan mampu mewujudkan persaingan mesra antara keluarga dan rakan-rakan.

Kanak-kanak khususnya sudah pasti tidak sabar untuk memeriahkan laman ini.

5) Blossom Odyssey

Kesan cahaya bunga memberi pengalaman bermakna buat pengunjung, untuk merasai sendiri musim bunga di negara ini.

Laman Blossom Odyssey menceritakan kecantikan bunga pelbagai musim, yang mampu menambah keceriaan Immersive Winterland.

Blossom Odyssey mampu memberi kelainan kepada pengunjung yang gemarkan suasana tenang.

Di sini, pengunjung boleh merangsang deria dan imaginasi masing-masing ketika menjelajah dunia bunga.

Kesan pencahayaan daripada lampu berwarna-warni di Blossom Odyssey.

Jom luangkan masa cuti anda di Immersive Winterland dengan harga tiket bernilai RM45 untuk dewasa, manakala RM35 bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

 

Author

Pilihan Editor