HomeGlobalRebut harta hingga sanggup tembak ipar depan keluarga

Rebut harta hingga sanggup tembak ipar depan keluarga

HANYA kerana harta pusaka, seorang lelaki sanggup menembak iparnya beberapa kali di hadapan keluarga

Lapor Thaiger, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan) di sebuah kediaman di kawasan Pa We, wilayah Surat Thani, pada Sabtu.

Anggota Balai Polis Chaiya menemui mayat seorang pekerja ladang getah, Santi, 45, terbaring di atas rumput di hadapan rumah tersebut.

Mangsa telah ditembak beberapa das dengan kesan peluru dilihat menembusi dada dan lengan kirinya. Dua kelongsong peluru berkaliber 32 ditemui berhampirannya dan dikumpul sebagai bahan bukti.

Rumah tersebut adalah milik ibu dan saudara perempuan Santi dengan penembak yang dikenali sebagai Ole, juga tinggal di sana.

Siasatan awal mendapati, Santi membawa ikan ke rumah ibunya dan terlibat dalam pertengkaran dengan Ole sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan).

Situasi memuncak apabila Ole mengacukan senjata api dan menembak Santi beberapa kali. Mangsa cuba melarikan diri, namun rebah di pintu pagar, kira-kira 20 meter dari tempat pertengkaran bermula.

Susulan kejadian, ketua kampung dan polis tempatan berjaya menahan Ole.

Author

Pilihan Editor