HomeGaya HidupJom MakanResepi tahuyaki - rasa macam takoyaki tapi lebih jimat!

Resepi tahuyaki – rasa macam takoyaki tapi lebih jimat!

Buat penggemar makanan Jepun, pasti sudah biasa menikmati takoyaki iaitu sejenis makanan ringan (snek) yang mula popular di Kansai dan kini menjadi antara snek kegemaran di seluruh dunia.

Meskipun Takoyaki mudah didapati masa kini, namun untuk menghasilkan snek ringan ini mengambil masa sedikit lama serta memerlukan perkakas yang lengkap kan?

Apa kata anda cuba menu baharu dikenali ‘tahuyaki’ yang seakan sama seperti takoyaki namun berasaskan tauhu. Rasa seakan sama yang penting lebih mudah dan jimat!

Bagaimana cara nak buatnya? Jom ikuti resepi perkongsian Qyu Kitchen.

Foto: Kualihelena

Bahan-bahan:

Tauhu Poh (jenis petak)

Sosej/crabstick – kalau nak guna isi jenis lain pun boleh, ikut selera masing-masing

Sos takoyaki/sos okonomiyaki (boleh beli dalam talian)

Mayonis

Cili sos

Bonito flakes

Serbuk seaweed (boleh beli dalam talian)

 

Bahan Salut:

1/2 cawan tepung gandum

2-4 sudu besar tepung jagung

Garam – cukup rasa

Lada putih

300-350ml air (anggaran)

 

Cara Masak:

Masukkan isi (sosej/crabstick) dalam tauhu

Buat adunan tepung (bahan salut) – tepung kena cair jangan pekat

Celupkan tauhu kedalam adunan tepung

Kemudian goreng tauhu ke dalam minyak yang panas.

Setelah seketika, tuang sedikit adunan tepung diatas tauhu.

Kacau seketika supaya tepung melekat pada tauhu.

Apabila tauhu dah nampak sedikit garing, ulang proces tuang tepung pada kali kedua.

Goreng hingga garing.

Kemudian, tuang sos mayonis, sos takoyaki, mayonis dan cili sos pada tauhu

Tabur bonito flakes dan serbuk seaweed dan siap!

Author

Pilihan Editor