[VIDEO] Warga kota digalak buka kebun komuniti di kawasan lapang

0
76

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kawasan lapang berhampiran kawasan perumahan boleh dimanfaatkan dengan menanam tanaman kontan seperti cili dan serai.

Menurut beliau, sebanyak  RM1 bilion telah diperuntukkan di bawah Dana Komuniti Madani untuk projek pembangunan masyarakat, termasuk aktiviti pertanian. Beliau juga menggalakkan warga kota mengusahakan kebun komuniti di kawasan lapang yang sesuai.

Pada masa yang sama, beliau menasihat mereka yang berminat dengan aktiviti pertanian bandar supaya mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan masing-masing, bagi mengelak sebarang gangguan terhadap infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Lawatan Kerja di Kebun Komuniti AU2, Taman Keramat, Selangor pada Isnin.

Author