HomeBeritaZoo Negara tawar tiket percuma pada pasangan pengantin

Zoo Negara tawar tiket percuma pada pasangan pengantin

CYBERJAYA: Zoo Negara kini menawarkan promosi tiket percuma bagi pasangan pengantin yang mahu melakukan fotografi di lokasi berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Zoo Negara memaklumkan promosi itu terbuka kepada semua semua warganegara tanpa mengira bangsa dan budaya serta lengkap berpakaian pengantin semasa lawatan.

Tambahnya, harga diskaun tiket sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada ahli rombongan pengantin dalam satu resit pembelian.

“Pengantin perlu mengemukakan salinan dokumen pengesahan perkahwinan dan kad jemputan majlis perkahwinan di Kaunter Informasi B.

“Tawaran ini sah dalam tempoh lapan hari selepas majlis perkahwinan diadakan.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Perhubungan Awam dan Pemasaran di talian +60 11 5656 8865 atau emel ke marketing@zoonegaramalaysia.com,” maklumnya.

Sebelum ini, tular di media sosial video sepasang suami ister yang mengunjungi Zoo Negara sambil lengkap berbusana pengantin melintasi ramai pengunjung bagi melihat anjing laut beraksi.

Video yang dimuat naik menerusi TikTok @Salam93 itu nyata menjadi perhatian sekali gus membuahkan idea buat Zoo Negara menawarkan promosi sedemikian.

Author

Pilihan Editor