HomeBeritaViral'Baru hari ini tau sungai ada pemilik'- Netizen terkedu individu mengaku sungai...

‘Baru hari ini tau sungai ada pemilik’- Netizen terkedu individu mengaku sungai miliknya

HASRAT seorang pemancing yang ingin memancing di sebuah sungai terganggu apabila didatangi seorang individu mendakwa sungai itu adalah miliknya.

Menerusi video tular, kedengaran individu itu menegur pemancing berkenaan dengan menggunakan nada kasar serta menuduhnya telah menceroboh kawasan sungai itu tanpa kebenaran.

“Aku dah cakap dengan kau banyak kali, dah masuk kawasan kampung aku buat apa? Kau orang Johor ke Negeri Sembilan? Kau orang Palong.

“Sekarang ini, ini sungai siapa? Kalau aku jumpa kereta kau memang aku bakar.

“Orang lain reti bahasa tapi kau tak reti bahasa sebab kau main langgar je tempat orang,” selar individu itu.

Malah, individu terbabit turut mendakwa sungai tersebut dibuat oleh bapanya pada zaman dahulu iaitu zaman Tok Bangau.

Bagaimanapun, pemancing itu menjelaskan dia berasal dari Johor serta menegaskan sungai itu adalah milik umum dan bukannya hak persendirian.

Tidak mahu keadaan bertambah tegang, pemancing itu akhirnya memilih untuk mengalah dari pergaduhan mulut itu.

@zam_xox79704

♬ original sound – ZOC3ENTERPRISE – ZOC3ENTERPRISE

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net memberi pelbagai reaksi terhadap video itu.

Baru hari ni tau sungai ada pemilik. Macam mana nak dapatkan geran ya,” soal netizen.

“Ini kalau pergi pejabat tanah buka geran sungai ni atas nama siapa… pejabat tanah pun pening la nak bagi jawapan,” komen pengguna TikTok.

“Mula-mula rasa nak marah juga part dia cakap sungai ni ayah aku buat, aku terus tergelak… nak mancing pun tak senang sekarang ye,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor