HomeBeritaViral‘Kalau hilang kad, meraung weh!’ – Netizen risau, baki duit dalam kad...

‘Kalau hilang kad, meraung weh!’ – Netizen risau, baki duit dalam kad TnG lelaki ini terlalu…

BARU-BARU ini, tular video seorang lelaki terkejut melihat jumlah baki kad Touch n’ Go (TnG) rakannya yang memandu mempunyai nilai lebih RM1,000.

Video yang tular menerusi hantaran X di akaun Amighul Deghaman, memaparkan situasi lelaki berkenaan bersama dengan rakannya berada di dalam kereta menuju ke sebuah lokasi.

Dalam perjalanan menuju ke laluan tol, lelaki yang memandu itu meminta rakan disebelahnya meneka jumlah baki di dalam kad TnG miliknya dan menjawab mungkin dalam RM10 hingga RM30.

Bagaimanapun, saat lelaki yang memandu itu mula scan kad miliknya pada mesin TnG, rakannya terkejut melihat jumlah baki dalam kad itu adalah RM1,102.36.

Video yang tular itu turut mendapat perhatian warga net yang rata-ratanya bimbang sekiranya kad TnG berkenaan tercicir.

“Bayangkan card tu tercicir or hilang. Mau meraung wei! I pernah hilang card TnG yang ada around RM30+ dalam tu pun rasa nak nangis dah,” kongsi netizen.

“Dulu rajin topup banyak terus tapi sejak tercicir kad, menyesal,” luah seorang lagi pengguna di X.

Malah, ada juga yang turut berkongsi kisah rakan mereka yang turut berperilaku seperti lelaki yang memandu itu.

Author

Pilihan Editor