HomeBeritaKeluarga M40 boleh mohon subsidi yuran bulanan taska RM100

Keluarga M40 boleh mohon subsidi yuran bulanan taska RM100

CYBERJAYA: Permohonan subsidi yuran taska RM100 menerusi Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) sesi 2024 akan kini sudah dibuka.

Penolong pengurus komunikasi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Sharizan Mohd Shariff berkata, keluarga golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua anak berusia empat tahun ke bawah boleh membuat permohonan tersebut.

“Melalui skim ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran taska atau pusat jagaan sebanyak RM100 setiap bulan. Permohonan adalah terhad dan boleh dimohon mulai sekarang.

“Bantuan tersebut akan dibayar terus kepada taska atau pusat jagaan anak-anak mereka,” katanya memetik Selangorkini pada Khamis.

Justeru, pemohon boleh mendaftar menerusi laman https://asuhpintar.yawas.my/web/ dengan menghantar dokumen lengkap diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Dokumen tersebut adalah salinan sijil kelahiran anak; salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan serta salinan surat perakuan anak angkat/cerai/sijil kematian/pengesahan ibu tunggal/sakit (jika perlu).

Selain itu, dokumen lain iaitu cop pengesahan taraf mastautin (bagi bukan Selangor); dokumen sokongan atau surat akuan sumpah (bagi kes khas) dan slip gaji terkini pemohon dan pasangan.

Berikut antara syarat kelayakan permohonan:
– Warganegara Malaysia
– Lahir serta menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi menetap sekurang-kurangnya lima tahun
– Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
– Suami dan isteri bekerja
– Anak berusia empat tahun ke bawah
– Terhad kepada dua anak sahaja
– Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
– Ibu dan bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Author

Pilihan Editor