HomeGlobalLelaki jumpa iPhone jatuh dari 'langit', berfungsi elok tak pecah

Lelaki jumpa iPhone jatuh dari ‘langit’, berfungsi elok tak pecah

LUAR jangkaan! Sebuah telefon pintar jenama iPhone milik penumpang pesawat Alaska Airlines yang jatuh dari ketinggian 5,000 meter ditemui dalam keadaan baik tanpa sebarang kesan retakan.

Lapor CBSNews, peranti itu disedut keluar dari Penerbangan 1282 Alaska Airlines pada Jumaat minggu lalu selepas panel fiuslaj tercabut, yang meninggalkan kesan lubang pada bahagian dinding pesawat berkenaan.

Pesawat itu membuat pendaratan cemas sejurus insiden berkenaan dan semua penumpang dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Dalam insiden terbabit, beberapa item termasuk AirPods dan baju seorang kanak-kanak lelaki disedut keluar dari kabin.

Susulan kejadian, kerja mencari serpihan pesawat dijalankan dan seorang lelaki di Washington, Sean Bates menemui iPhone terbabit di tepi jalan yang dipercayai milik salah seorang penumpang.

Perkara itu dikongsi Bates menerusi hantaran di platform X miliknya dengan memaparkan foto iPhone berkenaan dilihat berada dalam keadaan baik, manakala bateri masih mempunyai kapasiti 44 peratus dan ia kekal dalam mod penerbangan.

Malah, Bates turut menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) untuk memaklumkan bahawa ia adalah telefon kedua yang ditemui daripada penerbangan itu.

https://twitter.com/SeanSafyre/status/1744138937239822685?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1744138937239822685%7Ctwgr%5Ebd6ce29f5340e148ccc3989039c70b3c73542be5%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cbsnews.com%2Fnews%2Fiphone-sucked-out-alaska-airlines-plane-fell-16000-feet-found-still-works%2F

 

 

Author

Pilihan Editor