HomeNiagaMeriahkan Tahun Baru Cina dengan KitKat Golden Dragon

Meriahkan Tahun Baru Cina dengan KitKat Golden Dragon

KUALA LUMPUR: Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi, sudah tentu memberi keterujaan buat masyarakat Tionghua untuk membuat persiapan awal.

Ini termasuk membuat dekorasi di kediaman masing-masing yang selalunya dihiasi dengan bunga Mei Hua, tanglung dan tulisan kaligrafi.

Sementara itu, antara juadah yang sering menjadi hidangan termasuk Yee Sang, Nian Gao (kuih bakul), rougan (bakhwa), tart nanas dan kuih kapit gulung.

Namun, Tahun Baru Cina dilihat kurang lengkap tanpa kehadiran buah oren, yang sinonim dengan perayaan tersebut.

Tidak hanya untuk dimakan, buah tersebut juga boleh dijadikan perisa tambahan dalam sesuatu masakan.

KitKat Golden Dragon Sharebag yang mengandungi lapan pek, bagi dua jejari wafer coklat.

Bagi melengkapkan alternatif itu, Nestlé Malaysia tampil memperkenalkan KitKat Golden Dragon, hidangan menarik untuk dinikmati seisi keluarga pada perayaan tersebut.

Reka bentuk unik edisi terhad coklat itu diinspirasikan daripada sisik naga bagi memperingati Tahun Naga kali ini.

Corak KitKat Golden Dragon diinspirasikan daripada sisik naga menggunakan teknologi ‘farbling’.

Produk baharu itu dihasilkan menggunakan teknologi ‘farbling‘, bagi mencipta corak mahkluk mitos tersebut pada permukaan coklat.

Selari dengan semangat naga, KitKat Golden Dragon dikaitkan dengan kuasa, tuah dan kemakmuran dalam budaya Cina.

Lebih menarik, KitKat Golden Dragon dihidupkan lagi melalui gabungan warna semula jadi dan terang dalam rona kuning keemasan serta merah.

 

KitKat Golden Dragon menampilkan perisa Zesty Orange.

Tampil dengan perisa Zesty Orange, setiap gigitan coklat rangup ini menjanjikan rasa hebat oren yang menyegarkan serta kemanisan coklat susu berkrim.

KitKat Golden Dragon turut menampilkan pek empat jejari wafer coklat.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé, Carlota Casella, KitKat Golden Dragon dihasilkan bukan sekadar snek coklat.

Katanya, pengenalan itu menandakan satu peristiwa penting buat Nestlé, berikutan Malaysia merupakan negara pasaran pertama di dunia yang melancarkan coklat edisi baharu berkenaan.

“Kami sangat teruja untuk mempersembahkan kepada rakyat Malaysia tentang pengalaman snek yang tiada tandingannya, yang bukan sahaja selari dengan slogan ikonik KitKat, ‘Have a break, Have a KitKat‘.

“Malah, kami mahukan orang ramai mencipta detik yang penuh kasih sayang, kebersamaan serta berehat bersama rakan dan keluarga ketika musim cuti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran KitKat Golden Dragon di pusat beli-belah Sunway Velocity, di sini pada Selasa.

Casella (kanan) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols serta penari tarian naga selepas pelancaran majlis tersebut.

Majlis sama turut menyaksikan persembahan nyanyian lagu tema berjudul ‘Long Long Story’ oleh duta KitKat, Jestinna Kuan serta tarian naga.

Pek KitKat Cele-break mengandungi sembilan jenis wafer coklat KitKat pelbagai edisi.
Tiga warna sampul AngPau yang menjadi tarikan pada perayaan Tahun Baru Cina ini.

Rangkaian koleksi KitKat Golden Dragon itu menampilkan pek empat jejari wafer coklat, serta KitKat Golden Dragon Sharebag yang mengandungi lapan pek bagi dua jejari wafer coklat.

Malah, KitKat Dragon CNY Gifting Metal Tin mengandungi empat pek bagi empat jejari Golden Dragon, empat pek dua jejari coklat susu KitKat, serta enam keping sampul Angpau.

Turut ditampilkan pada koleksi itu adalah Pek KitKat Cele-break, yang mengandungi sembilan jenis wafer coklat KitKat pelbagai edisi.

Selain itu, KitKat turut menawarkan beg serbaguna yang direka secara eksklusif dengan kerjasama artis tempatan, Cassey Gan dan Cloakwork.

Aiskrim U Zu edisi terhad keluaran KitKat yang boleh didapati sempena Tahun Baru Cina.

Bukan sekadar itu, KitKat turut menambah koleksi baharu edisi terhad menerusi pengenalan aiskrim KitKat U Zu, hidangan lazat yang diperbuat dengan salutan berperisa yuzu, serta dihiasi dengan wafer hancur dan oren kering.

Malah, orang ramai turut berpeluang untuk menyertai peraduan KitKat LÓNGevity, yang berlangsung sehingga 20 Februari 2024.

Beg serbaguna rekaan eksklusif dengan kerjasama artis tempatan.

Dengan pembelian minimum coklat KitKat bernilai RM10 dan/atau aiskrim KitKat, setiap peserta  berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM318,888, tertakluk pada terma dan syarat.

Antara hadiah menarik menanti pelanggan bertuah termasuk:

  1. Pemenang 1x Hadiah Utama Bulanan: Jumlah 2x Kereta Elektrik (EV) BYD Dolphin bernilai RM99,900 setiap satu.

2. Pemenang 5x Hadiah Mingguan: Jumlah 40x hadiah wang tunai bernilai RM888.

3. 76x Pemenang Hadiah Mingguan: Jumlah 608x Touch ‘n Go eWallet Reload Pin bernilai RM88 setiap satu.

4. 5x Pemenang Hadiah Harian: Jumlah 285x e-baucar Grab bernilai RM88 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery, Facebook di https://www.facebook.com/KitKatMalaysia dan Instagram KitKat Malaysia.

Author

Pilihan Editor