HomeHiburan'Penganjur putar lagu tanpa kebenaran pencipta akan diambil tindakan' - Ahmad Dhani

‘Penganjur putar lagu tanpa kebenaran pencipta akan diambil tindakan’ – Ahmad Dhani

PENYANYI Ahmad Dhani dan Persatuan Komposer Seluruh Indonesia (AKSI) mengeluarkan amaran tegas kepada pihak penganjur acara hiburan untuk tidak lagi membawa atau memainkan lagu-lagu hasil karya ahli persatuan itu.

Memetik laporan CNN Indonesia, Ahmad Dhani dan ahli persatuan tidak teragak-agak melaporkan perkara itu kepada pihak polis sekiranya pihak penganjur tetap melanggar amaran tersebut.

Tambah penyanyi berusia 52 tahun itu, mereka ingin memperjuangkan royalti bagi pencipta lagu yang bersusah payah menghasilkan karya.

“Kami akan memberikan surat teguran kepada penganjur di Indonesia yang menganjurkan konsert dengan menggunakan lagu-lagu daripada anggota AKSI tanpa izin. Kami akan laporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Semua penganjur yang menampilkan lagu daripada komposer yang sudah bergabung dengan AKSI, mereka semua harus minta izin. Kalau tidak ada surat dari AKSI, kami akan laporkan ke polis,” katanya.

Author

Pilihan Editor