HomeBeritaPeruntukan RM10 juta untuk Zoo Negara - PM

Peruntukan RM10 juta untuk Zoo Negara – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembangunan di Zoo Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan RM5 juta itu turut ditambah dengan dana yang dihimpun menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat terlibat, berjumlah RM5 juta.

“Saya kumpul dana tambahan RM5 juta dari program CSR dan dari Kerajaan Persekutuan, saya luluskan RM5 juta.

“Kadar RM10 juta ini kita akan kawal dengan Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Persekutuan, serta dengan kerjasama jawatankuasa Zoo Negara,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada perasmian Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara di Dataran Dato’ Ismail Hutson, Zoo Negara hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa bermesra dengan anak muda yang berkunjung di Zoo Negara hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mencadangkan pihak Zoo Negara supaya mewujudkan satu ruangan khas dengan nama sudut Madani.

“Saya harap dapat satu sudut yang indah dan khusus untuk naikkan martabat Zoo Negara, dengan sudut khas Madani,” ungkapnya.

Jelasnya, kewujudan sudut khas itu boleh mempertingkat kualiti sedia ada sekali gus mengangkat martabat Zoo Negara.

Author

Pilihan Editor