HomeGaya HidupTips deko rumah kecil jadi luas!

Tips deko rumah kecil jadi luas!

MELIHAT rumah kediaman dalam keadaan kemas, tersusun rapi dan cantik pasti mewujudkan perasaan tenang dan nyaman dalam kehidupan.

Namun, untuk mewujudkan sebuah rumah yang diidamkan itu memerlukan teknik yang betul.

Jika anda kini tinggal di sebuah rumah beruangan kecil dan sempit, jangan risau! Masih ada cara dan tips untuk buatkan kediaman anda tampak luas dan menawan!

Jom ikuti tiga tips perkongsian daripada Wawadels khas buat mereka yang memiliki rumah kecil.

Tips deko rumah kecil jadi luas

  1. Warna Cat

Pemilihan warna cat amat penting dalam menentukan luas sesebuah rumah. Pilih cat berwarna cerah dan lembut.

Foto: Danisheya Aleya
Foto: Danisheya Aleya
  1. Langsir

Pemilihan saiz dan warna langsir yang dipasang dalam rumah juga penting kerana langsir mempengaruhi ruang kosong pada dinding rumah. Sebaiknya pilih langsir jenis tinggi dan warna plain atau bercorak halus mini untuk membuatkan sesebuah ruang itu tampak kemas dan luas.

  1. Perabot

Ruang akan kelihatan sempit sekiranya banyak perabot yang besar diletak dalam satu tempat. Sebaiknya kurangkan penggunaan perabot dan ganti dengan kerusi yang tidak terlalu besar.

Foto: Danisheya Aleya
Foto: Danisheya Aleya

Author

Pilihan Editor