HomeGaya Hidup'Power' rupanya telur burung puyuh ni, ramai yang tak tahu khasiatnya

‘Power’ rupanya telur burung puyuh ni, ramai yang tak tahu khasiatnya

 

KITA sering makan telur ayam untuk sumber protein yang murah. Bagaimana pula dengan telur burung puyuh? Telur burung puyuh pula kita selalunya makan jika dibuat masak sambal atau dalam lai chi kang.

Ramai yang tidak tahu, rupa-rupanya telur burung puyuh banyak khasiat yang kita boleh dapat jika dimasukkan dalam diet pemakanan harian.

Selain dari banyak khasiat telur burung puyuh juga sedap dimasak dengan pelbagai cara masakan. Contohnya masakan sambal, berlado, acar mahupun berempah.

Untuk maklumat lanjut mengenai khasiat dan manfaat telur puyuh, mari ikuti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau menyarankan agar sekali sekala kita mengambil sumber protein dari telur burung puyuh. Tiny but mighty. Telur puyuh ini sedap rebus dan dimakan begitu saja.

Menurut beliau, tiga hingga empat biji telur puyuh bersamaan dengan satu biji telur ayam. Namun ramai tak tahu, nilai nutrisi telur puyuh lebih kurang sama dengan telur ayam.

Begitulah ‘powernya’ telur puyuh.

“Lebih tinggi sumber protein, vitamin B1 tiga kali ganda lebih banyak, vitamin A dan B2 dua kali ganda lebih tinggi. Kalau yang alah pada telur ayam, boleh ganti dengan telur puyuh. Telur puyuh tak menyebabkan alergi atau alahan. Terima kasih kepada kehadiran ovomucoid.

“Bukan itu saja, ovomucoid juga bertindak sebagai agen antikanser. Cegah pertumbuhan tumor. Ia juga rendah indeks glisemik. Sesuai bagi penghidap diabetik. Yang nak kurus pun boleh ambil. Bantu kecilkan saiz pinggang, kecutkan perut, bekalkan tenaga.

“Paling padu, walaupun kecil tapi telur puyuh tinggi iron. Penting untuk penghasilan sel darah merah. Cegah anemia. Selain kaya potassium 5 kali ganda berbanding telur ayam. Potassium penting untuk fungsi tubuh. Bantu proses kembang kecut salur darah untuk kawal tekanan darah,” katanya.

Kata Dr Rizal lagi, kalau nak kulit cantik, kurang jerawat dan perbaiki complexion kulit biasakan makan telur burung puyuh. Untuk ibu mengandung pun sangat elok, katanya.

Semoga perkongsian Dr Rizal membuka mata kita terhadap khasiat telur puyuh dan memberi manfaat kepada semua.

Author

Pilihan Editor