HomeBeritaViral'Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral'- Pemilik kereta Bezza...

‘Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral’- Pemilik kereta Bezza rosak lepas 8 jam

CYBERJAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tampil mengeluarkan kenyataan susulan isu dakwaan mengenai kerosakan enjin kenderaan milik seorang wanita.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali Nagakanni Subramanian mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu mengenai penyelesaian yang ditawarkan.

Nagakanni menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa sehingga kini tiada sebarang perjanjian hitam putih ditawarkan kepadanya.

“Saya dimaklumkan Perodua dah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta.

“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

“Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde. 

“Dah lebih dua bulan masih belum ada apa-apa maklumat secara detail mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran loan dan semua tu.

“Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua, engine rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula, saya tak dapat replacement kereta baru, saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan,” katanya.

Malah, dia turut menyatakan sehingga kini tiada dokumen yang diberikan kepadanya sekiranya benar pihak Perodua ingin membeli semula keretanya.

“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada.

“Jangan buat media statement hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral,” ujarnya.

Sebelum ini, Nagakanni berkongsi kisah malang apabila kereta Perodua Bezza yang baru dibelinya itu rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam.

Lebih malang, Nagakanni terpaksa membayar pinjaman bulanan kereta baharunya itu sebanyak RM537 sebulan, walaupun kenderaan itu kini tersadai di pusat servis.

Dia amat kecewa kerana masih perlu membayar ansuran bulanan seperti biasa selain permintaannya untuk mendapatkan kenderaan baharu daripada pihak Perodua juga tidak berjaya.

Author

Pilihan Editor