HomeGaya Hidup3 golongan ini 'patut' makan jambu batu! Jom semak...

3 golongan ini ‘patut’ makan jambu batu! Jom semak…

MENIKMATI buah-buahan adalah satu pilihan yang sewajarnya dilakukan orang ramai kerana khasiatnya yang menakjubkan.

Namun, setiap orang pasti mempunyai buah kegemaran tersendiri kerana mempunyai rasa dan manfaat tersendiri.

Jika anda mencari buah-buahan yang kaya dengan serat, anda disarankan untuk makan buah jambu batu.

Berdasarkan laporan Hello Doktor, jambu batu adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin C, A, E B-vitamin serta kalium, fosforus, magnesium, kalsium, natrium, dan zink.

a bunch of green fruit hanging from a tree
Photo by Anisa Wulan Asri on Unsplash

Sembelit
Menariknya, buah jambu batu amat sesuai dimakan oleh golongan yang mengalami sembelit kerana jambu batu boleh menyokong pencernaan manusia dengan menggalakkan usus yang sihat dan membersihkan sistem perkumuhan.

Malah, biji jambu batu dikatakan pencuci perut (julap) yang berkesan!

Tekanan darah & kolestrol
Selain itu, kajian American Journal of Cardiology mendapati, jambu batu berupaya membantu mengurangkan kadar kolesterol dan tekanan darah.

Awet muda
Bagi individu yang mahu kekal awet muda, pastikan jambu batu menjadi sebahagian daripada menu hidangan anda.

Hal ini kerana jambu batu mempunyai keupayan anti-penuaan kerana kandungannya yang kaya dengan vitamin A, B dan vitamin C yang empat kali lebih tinggi berbanding daripada yang terdapat dalam buah oren!

Guava with the salt n chili.
Photo by VD Photography on Unsplash

Author

Pilihan Editor