HomeBeritaKBS salur RM1 juta, bangunkan jati diri belia

KBS salur RM1 juta, bangunkan jati diri belia

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan dana berjumlah RM1 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda oleh Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT).

KBS dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, bantuan itu diperuntukkan untuk memudahkan SRM IPT menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda.

“Sebanyak RM1 juta diperuntukan bagi pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda oleh Sekretariat Rakan Muda SRM IPT bagi tahun 2024.

“Bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda,” maklum KBS, hari ini.

Untuk makluman, SRM IPT merupakan sekretariat khusus yang ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bertujuan untuk melaksanakan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda.

Menerusi sekretariat itu, pelbagai aktiviti dapat dijalankan sekali gus menyerlahkan potensi dan membentuk sahsiah dan jati diri yang baik dalam kalangan pelajar IPT.

Author

Pilihan Editor