HomeGlobalLelaki terjatuh dalam kolam selepas pecah rumah

Lelaki terjatuh dalam kolam selepas pecah rumah

SEORANG lelaki menerima balasan serta-merta apabila tercedera ketika cubaan mencuri di sebuah kediaman mewah yang terletak di Beverly Hills, dekat California, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi rakaman dron, lelaki yang dikenali sebagai David Verdun, 36, pada mulanya dilihat keluar dari tingkap kediaman tersebut, sebelum cuba melarikan diri menuruni tangga secara tergesa-gesa.

Namun, malang baginya apabila Verdun kemudian dilihat tergelincir dari tangga tersebut, sebelum terjatuh ke dalam kolam renang di kediaman berkenaan.

Tidak beberapa lama selepas berjaya keluar dari kolam, Verdun cuba bersembunyi di halaman rumah, namun penjenayah itu segera diberkas oleh anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Lapor New York Post, Verdun yang melakukan jenayah itu pada 6 Januari lalu kemudian didakwa atas tuduhan pecah rumah.

Sebelum ini, pihak berkuasa menghantar dron ke kediaman itu selepas menerima laporan pecah rumah, manakala rakaman itu dikongsikan semula oleh Jabatan Polis Beverly Hills.

Setakat Selasa, video tersebut sudah pun menerima lebih 44,000 tontonan dan kebanyakannya geli hati melihat aksi lelaki itu ketika melakukan jenayah.

Author

Pilihan Editor