HomeBeritaSuhu naik, cuaca panas, kering di Semenanjung - MetMalaysia

Suhu naik, cuaca panas, kering di Semenanjung – MetMalaysia

CYBERJAYA: Cuaca kering dan panas dijangka melanda Semenanjung dengan mencatatkan suhu melebihi 35 darjah Celsius khususnya negeri di belah utara.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk juga berkemungkinan berlaku di beberapa bahagian negeri Sarawak pada sebelah petang dan berlarutan hingga ke awal pagi.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut,” lapor MetMalaysia, hari ini.

Laporan sama turut menyatakan bahawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang turut berpotensi melanda di beberapa lokasi di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta Sabah.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Author

Pilihan Editor