HomeBeritaPeserta #Reformasi100Peratus Bersih berarak ke Parlimen

Peserta #Reformasi100Peratus Bersih berarak ke Parlimen

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peserta Himpunan Tuntut Reformasi 100 peratus anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mula berarak ke bangunan Parlimen.

Peserta himpunan mula berkumpul berhampiran Plaza Tugu Negara di sini, seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi kira-kira 100 anggota polis yang melakukan kawalan, lapor Berita Harian.

Mereka dijangka menyuarakan beberapa tuntutan bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang dijanjikan.

Antara tuntutan yang bakal disuarakan termasuk berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengisytiharkan sebarang maklumat sebagai rahsia rasmi, lantas tidak boleh didedahkan.

Selain itu berkenaan had penggal untuk Perdana Menteri dan mengenai Akta Hasutan 1948 serta keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah berkaitan kes rasuah membabitkan beberapa individu dan ahli politik.

 

 

Author

Pilihan Editor