HomeSukanRayuan berjaya, Everton hanya dipotong 6 mata

Rayuan berjaya, Everton hanya dipotong 6 mata

 

PASUKAN Liga Perdana Inggeris, Everton mengumumkan pada Isnin bahawa hukuman potongan 10 mata kelab sebelum ini dikurangkan kepada enam selepas rayuan mereka berjaya.

“Everton mengesahkan Lembaga Rayuan telah membuat kesimpulan bahawa potongan mata yang dikenakan oleh Suruhanjaya Liga Perdana bebas pada November dikurangkan daripada 10 mata kepada enam mata, berkuat kuasa serta-merta,” kata kenyataan itu.

The Toffees menambah bahawa kelab itu sangat gembira dengan keputusan membatalkan keputusan asal Suruhanjaya bahawa ia gagal bertindak dengan niat baik.

Berikutan pengurangan itu, kutipan mata Everton meningkat kepada 25, melebarkan jurang antara mereka dan zon penyingkiran kepada lima mata.

Everton telah menerima potongan 10 mata daripada Liga Perdana Inggeris pada November 2023 kerana melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan, lapor Anadolu.

Ditubuhkan pada 1878, Everton, yang berpangkalan di Liverpool, telah memenangi gelaran Inggeris sebanyak sembilan kali tetapi masih belum memperolehnya dalam era Liga Perdana, yang bermula pada 1992.

Untuk rekod, The Toffees adalah saingan utama Liverpool.

Author

Pilihan Editor