JIKA anda merancang bercuti di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk singgah menikmati warisan budaya di Malaysia Heritage Studios (MHS) yang terletak di Ayer Keroh.
Mungkin ada sebilangan beranggapan lokasi yang kaya dengan warisan ini ‘mudah bosan’ dek kerana hanya berkisarkan sejarah semata namun, berbeza dengan penyampaian di MHS ini.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia Heritage Studios dahulunya dikenali sebagai Taman Mini Malaysia.
Dalam kawasan ini, anda bakal menerokai 14 jenis rumah tradisional di Malaysia dan antara rumah yang popular adalah Rumah Kedah, Rumah Terengganu dan Rumah Selangor.
Anda pasti terpegun saat memasuki ruangan dalam setiap rumah kerana dipenuhi elemen kejutan yang mempamerkan ruangan berkonsepkan moden dan interaktif.
Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke sini, sila layari laman web Malaysia Heritage Studios untuk dapatkan tiket anda!