[VIDEO] Fokus tatakelola, pengurusan ekonomi – Anwar

0
44

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan kerajaan khususnya Kementerian Kewangan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap tatakelola serta pengurusan ekonomi yang baik.

Anwar berkata, ia bertujuan mengelakkan ketirisan dan mempercepat proses kelulusan pembangunan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu turut menegaskan bahawa, dasar domestik adalah sangat kritikal dalam usaha kerajaan membangunkan kedudukan negara, bagi menjamin pengurusan ekonomi yang lebih baik dan mengelakkan ketirisan.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Menteri Kewangan di Putrajaya, pada Selasa.

Author