[VIDEO] MV News – Malaysia Tuan Rumah ASIAN MEDTEC 2024

0
89

PUTRAJAYA: Malaysia bakal menjadi hub inovasi teknologi dan peranti perubatan terkini, selepas dipilih sebagai tuan rumah edisi pertama Asian’s International Medical Technology Exhibition and Conference (Asian Medtec 2024).

Pameran dan persidangan antarabangsa anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 10 Disember hingga 12 Disember 2024.

Persidangan itu turut menyaksikan Mesyuarat Tahunan Global Harmonization Working Party (GHWP) ke-28, yang mengumpulkan delegasi pihak berkuasa dan industri dari 34 negara seluruh dunia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bagi mesyuarat itu memberi isyarat bahawa, penglibatan negara ini melalui MDA dalam landskap teknologi dan peranti perubatan antarabangsa semakin meningkat.

“Dengan nilai pasaran teknologi dan peranti perubatan yang dianggarkan sebanyak €536 bilion (RM2.7 trilion), penganjuran acara dan program berkenaan sejajar dengan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) untuk mendorong negara ke arah menjadi pemain utama sektor ini.

“Justeru, para pengilang peranti perubatan diharap memanfaatkan Malaysia sebagai pusat  pemasaran dan pengedaran strategik, bukan sahaja pasaran tempatan, tetapi juga untuk pasaran serantau yang lebih luas,” katanya ketika sidang media selepas majlis pelancaran Asian Medtec 2024 di Hotel Everly, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pelancaran Asian Medtec 2024 di Putrajaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, Asian Medtec24 dijangka menjadi platform pelancaran bagi inovasi baharu, memperkukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pengeluaran peranti perubatan serta aktiviti rantaian bekalan.

Katanya, penganjuran program tersebut bertujuan mendorong kerjasama dalam kalangan agensi utama kerajaan, untuk membentuk ekosistem bertaraf dunia bagi teknologi dan peranti perubatan di Malaysia.

Authors