HomeSukanPost mortem padang SNBJ: PSM libatkan jururunding, kontraktor

Post mortem padang SNBJ: PSM libatkan jururunding, kontraktor

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat ‘post mortem’ bersama jururunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal minggu hadapan.

Menurut hantaran di akaun X Stadium.Malaysia pada Khamis, ia membuktikan PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas selepas proses bedah siasat selesai.

https://twitter.com/StadiumMalaysia/status/1773240695572082884

Kelmarin, Malaysia tewas kepada Oman 0-2 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dilangsungkan di SNBJ.

Menurut laporan Sinar Harian, keadaan padang dan rumput SNBJ pada ketika itu mengundang pelbagai persepsi – baik positif mahupun negatif sejurus tamat perlawanan, ditambah pula dengan kecederaan dialami oleh Azam Azmi Murad yang difahamkan berpunca daripada permukaan padang yang tidak optimum.

Namun ada juga yang berpendapat keadaan padang pada malam itu lebih baik berbanding yang ditularkan dalam satu video beberapa hari sebelum perlawanan bermula.

Author

Pilihan Editor