HomeBeritaMahkamah & JenayahWarga emas disyaki tembak anggota polis direman

Warga emas disyaki tembak anggota polis direman

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun, direman enam hari sehingga Rabu depan kerana disyaki telah menembak seorang anggota polis sehingga maut.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Menurut laporan Buletin TV3, suspek dipercayai telah menyebabkan kematian anggota polis cawangan khas Ibu pejabat Polis Kontijen Kedah itu yang sedang menjalankan operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang berlaku di dalam kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, Kedah.

Susulan itu, kes disiasat mengikut seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritenden Abdull Razak Osman menyatakan, sebelum ini pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian sekitar 10 pagi, pada Khamis.

Siasatan awal katanya mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah dibantu oleh orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, Sik untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan itu.

Pasukan itu telah bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda.

Keesokannya sekitar jam 3 petang, mangsa bersama dua orang awam telah bergerak ke kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.

Mereka difahamkan tidak pulang ke tempat penginapan yang terletak di kompartmen 103 selepas itu.

Razak dalam kenyataannya memaklumkan, usaha mencari mereka digiatkan, namun pada awalnya hanya kenderaan  sahaja yang dijumpai di persimpangan antara kompartmen 124 dan 125. Pada 29 Februari, jam lebih kurang 5 pagi, mangsa ditemukan dan telah dibawa balik ke kompartmen 103 dan disyaki telahpun meninggal dunia.

“Mangsa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan telah meninggal dunia. Ketiga-tiga mereka termasuk mangsa dipercayai telah sesat akibat cuaca gelap,” katanya.

Berdasarkan maklumat orang awam, kedengaran satu bunyi letupan sekitar jam 2 pagi dan dipercayai bunyi tembakan yang terkena mangsa di bahagian hadapan dan menjadi punca kematiannya.

 

Author

Pilihan Editor