HomeBeritaNiat buang air besar terbantut, lelaki parah dipijak gajah liar

Niat buang air besar terbantut, lelaki parah dipijak gajah liar

GERIK: Seorang lelaki bernasib malang apabila parah diserang gajah liar ketika mencari ‘port’ buang air besar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Khamis.

Mangsa berusia 55 tahun itu difahamkan singgah di lokasi tersebut sekitar jam 7 malam,  kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kejadian tersebut.

“Akibat serangan itu, mangsa mengalami patah tulang kaki dan tujuh tulang rusuk.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya lapor Sinar Harian.

Yusoff bekata, lokasi kejadian merupakan kawasan keliaran dan lintasan gajah liar.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak berhenti di kawasan hutan terutama pada waktu gelap dan mengambil perhatian berkaitan papan tanda yang memaklumkan kawasan hidupan liar.

Author

Pilihan Editor